Connect with us

PUBG Mobile

Memang BTR slow pada Week 1, tapi pemain tak nak give up – Jangs

Published

on

Foto arkib WTM Today / Mariah Ahmad

HANYA dengan mengakui kelemahan, seseorang itu mampu mengatasinya dengan kelebihan yang ada.

Itu situasi yang dilalui pasukan Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) dalam menghadapi Liga Profesional PUBG Mobile Indonesia (PMPL ID) pada musim kali ini.

Menurut jurulatih pasukan itu, Muhammad Farhan Abdul Gafar (Jangs), meski momentum Bigetron RA pada minggu pertama agak perlahan namun anak-anak buahnya memilih untuk tidak berputus asa.

“Ya, momentum permainan kami agak perlahan pada minggu pertama namun setelah menganalisis apa yang berlaku pada minggu pertama, kami ketahui apa kesilapan kami.

“Lantas kami terus memperbaikinya dan kami boleh rasai momentum kami di peringkat Weekday dan akan terus membawa (momentum itu) ke peringkat Super Weekend.

“Ia masih hari pertama Super Weekend 2 dan kami akan cuba mengumpul banyak markah sebaik mungkin dan mengunci kedudukan tempat pertama,” kata Jangs ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/CNOn3TQJ3WA/

Prestasi dan momentum Bigetron RA dilihat lebih baik pada minggu ini apabila pasukan itu mampu mengutip 124 mata secara keseluruhan dengan dua Chicken Dinner dalam masa satu hari.

Bagi peringkat Super Weekend, pasukan itu mengutip 219 mata secara keseluruhan ketika ini.

Pasukan itu juga mencatatkan kutipan mata bunuh paling banyak dalam PMPL ID S3 iaitu 249 mata (Weekday + Super Weekend).

BACA: Kehadiran Jangs beri impak besar Bigetron RA – Ryzen

Sementara itu, Jangs yang masih berada di Malaysia berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada Bigetron RA sahaja kerana dia percaya musuh yang paling kuat adalah diri mereka sendiri.

“Rutin kami biasa sahaja. Pada setiap hari akan ada sesi taklimat yang berkaitan motivasi sebelum permainan bermula.

“Selepas tamat permainan kami akan melihat semula kesilapan dan menyelesaikannya sendiri. Kami akan memberi fokus kepada pasukan kami sahaja kerana saya percaya musuh yang paling kuat adalah diri kita sendiri,” tambah Jangs.

Sasaran Jangs pada ketika ini hanya satu, iaitu meneruskan momentum kemenangan ini sehingga pasukannya mencapai sasaran yang diinginkan.

Jangs juga berkata dia sangat kagum dengan semangat pemain-pemain Bigetron RA yang sentiasa ingin belajar perkara baharu.

“Walaupun saya hanya melatih mereka menerusi Discord atau panggilan video atas talian, namun setiap pemain sentiasa memberi kerjasama.

“Mereka sentiasa terbuka untuk belajar perkara baru dan kini kami sudah mendapat momentum yang diinginkan,” kata Jangs.

Sebelum ini, Jangs yang dipilih untuk melatih pasukan itu kerana kepintaran dan semangatnya, menyertai Bigetron Red Aliens pada 18 Mac lalu sebelum PMPL ID S3 bermula.

Liga terbesar PUBG Mobile itu akan kembali hari ini. Anda boleh tonton di Facebok atau YouTube PUBG Mobile Indonesia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved