PUBG Mobile
Rex dah debut PMPL Thai!
SATU-SATUNYA pemain Malaysia yang bermain dalam Liga Profesional PUBG Mobile Thailand Musim Ketiga (PMPL Thai S3) Asyam Allam Hafiz Syayuti (Rex) akhirnya telah melakukan debut dalam liga itu pada semalam.
Selepas 3 hari liga berlangsung, Rex yang kini menggunakan nama dalam permainan (ign) sebagai Rexxy dilihat telah beraksi bersama Wokay, BooBuzz dan Cosmos pada hari pertama pusingan keenam Super Weekend.
Kemunculan pertama Rex itu boleh dilihat pada minit keempat dan 12 saat dalam peta Miramar tersebut.
Ketika itu Rex dan TSJ sedang mengambil beberapa kelengkapan dan peralatan yang diperlukan di kawasan sekitar Valle del Mar, Miramar. Rex bagaimanapun terkeluar awal berikutan kekurangan kenderaan yang diperlukan untuk beraksi di peta itu.
Selepas enam pusingan Super Weekend dimainkan semalam, Rex dan TSJ mengumpul mata menduduki tangga ke-8.
PMPL Thai akan kembali hari kedua Super Weekend pada hari ini. Tonton dan beri sokongan kepada Rex atau pasukan kegemaran anda di PMPL Thai di Facebook, YouTube PUBG Mobile atau aplikasi WeTV.
