Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Siapa bakal kuasai Bootcamp di Thai, Indo?

Published

on

LOKASI mendarat popular di Sanhok iaitu Bootcamp dilihat sekali lagi bakal menjadi arena pertempuran awal bagi pasukan-pasukan gergasi, khususnya bagi liga Thailand dan Indonesia pada musim kali ini.

Bagi liga profesional Indonesia, perebutan Bootcamp dijangka akan tercetus antara pasukan berpengalaman Morph dan bekas juara Asia Tenggara Bigetron Red Aliens (Bigetron RA).

Pertembungan awal antara kedua-dua pasukan gergasi Indonesia itu pastinya akan menarik minat para peminat Indonesia, lagi-lagi dengan penambahan pemain-pemain baharu ke dalam pasukan masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today melalui latihan perlawanan persahabatan (scrim) baru-baru ini, Bigetron RA berjaya menumpaskan pasukan Morph di kawasan Bootcamp sebanyak dua kali dan memegang rekod pertembungan (2-0) sejak 19 Mac yang lalu.

Sepanjang perlawanan persahabatan yang dimainkan, bekas juara dunia itu kelihatan memaparkan corak permainan yang agresif dan bijak, lagi-lagi dengan penambahan, Farhan Abdul Gafar (JangS) sebagai ketua jurulatih terbaharu pasukan tersebut.

Manakala bagi arena kompetitif Thailand, pertembungan antara pasukan Faze Clan dan Secret Jin di kawasan lokasi mendarat yang sama turut dijangka akan berlaku.

Pasukan Faze Clan dan Secret Jin sememangnya tidak lagi asing dalam arena e-sukan kompetitif PUBG Mobile Thailand dan akan menampilkan pemain-pemain veteran yang berpengalaman pada babak liga nanti.

Selama beberapa minggu scrim dimainkan, pasukan Faze Clan telah mencatatkan rekod kemenangan (3-1) ke atas Secret Jin bagi pertembungan lokasi mendarat tersebut.

Mampukah pasukan Bigetron RA dan Faze Clan mengekalkan momentum ini hingga ke liga PMPL nanti?

Saksikan pasukan yang bakal merajai Bootcamp dalam liga PMPL yang akan bermula pada 24 Mac nanti.

Anda boleh menonton liga PMPL Thailand dan PMPL Indonesia melalui laman Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved