Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Thailand: PW88 tempah slot PMPL SEA Finals, apa nasib RRQ, Valdus, FaZe?

Published

on

Foto: PUBG Mobile Thailand

PASUKAN PUBG Mobile profesional Thailand Power888 KPS (PW88) berjaya menjuarai Liga Profesional PUBG Mobile Thailand (PMPL Thailand) baru-baru ini sekaligus menempah slot ke Liga Profesional Asia Tenggara (SEA Final) Musim Kedua 2020

Pasukan PW88 berjaya mengutip 649 mata dan 11 Chicken Dinner, iaitu jumlah Chicken Dinner terbanyak bagi sesebuah pasukan sepanjang liga PMPL Thailand berlangsung.

Foto: PUBG Mobile Thailand

Pada hari terakhir peringkat liga berlangsung yang melibatkan pasukan-pasukan kumpulan A dan C, persaingan untuk tiket Liga Asia Tenggara dilihat terlalu sengit apabila pasukan Faze Clan berjaya merapatkan jurang mata antara PW88.

Namun demikian, corak permainan konsisten menjadi faktor yang kemenangan PW88 diangkat sebagai pemenang Liga PMPL Thailand.

Masih ada dua slot untuk ditawarkan dalam peringkat akhir Liga PMPL Thai yang akan berlangsung pada 25 September nanti.

Tumpuan harus diberikan kepada pasukan-pasukan gergasi yang pernah layak ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL Timur), RRQ Athena, Valdus The Murder dan King of Gamers Club (KOG) yang semestinya ingin mengulangi kejayaan yang sama pada musim kedua ini.

Pasukan RRQ Athena yang terpaksa berpuas hati di tempat keempat bagi peringkat Liga Thailand sebelum ini pernah menduduki tempat ketiga dalam Liga PMWL Timur di belakang juara dunia, Bigetron Red Aliens dari Indonesia dan Orange Rock dari India.

Pasukan veteran Valdus the Murder yang berada satu kedudukan di belakang RRQ Athena bagi peringkat liga turut menjadi antara pasukan pilihan untuk memenangi peringkat akhir Liga Thailand tersebut.

Namun demikian, berdasarkan kejohanan peringkat liga, antara pasukan yang paling digeruni merupakan pasukan FaZe Clan yang mengumumkan kemasukan pemain muda berbakat Nattawut Muensa (TonyK) sebaik tamat liga musim pertama.

FaZe Clan berjaya mengutip jumlah mata bunuh tertinggi bagi peringkat liga dengan pungutan 290 mata bunuh dan tamat di kedudukan kedua secara keseluruhan, 22 mata di belakang juara PW88.

Adakah kita akan melihat pasukan-pasukan gergasi Thailand seperti RRQ Athena, Faze Clan, Made in Thailand (MiTH) dan Valdus mara ke peringkat Asia Tenggara nanti?

Liga PMPL Thailand bakal menawarkan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak kira-kira RM120,055 (AS$28,929).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved