PUBG Mobile
PMPL SEA Showmatch: “Gak sabar tabrak Faze Clan”-Microboy
JUARA dunia Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Bigetron Red Aliens kini berada di tempat kedua dalam Perlawanan Pertunjukan 4 Negara (PMPL SEA Showmatch).
PMPL SEA Showmatch ini melibatkan empat pasukan terbaik berdasarkan carta terkini PMPL negara masing-masing.
Bigetron RA berjaya mengumpulkan 43 mata setakat ini dan berjaya memenangi pusingan Vikendi sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai Raja Vikendi Asia Tenggara.
Pasukan yang dibarisi Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luzzy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (Microboy) itu berada tiga mata di belakang pasukan Thailand Faze Clan.

Dalam satu temubual eksklusif tamat perlawanan, pemain support Bigetron RA, Nizar Lugatio (Microboy) berkongsi mengenai rahsia kemenangan Chicken Dinner mereka di pusingan kedua tersebut.
Menurut Microboy, kemenangan pusingan Vikendi tersebut adalah hasil daripada keserasian antara rakan sepasukannya, Zuxxy yang berjaya mengenal pasti penukaran posisi yang sesuai.
Kepintaran ketua dalam permainan (igl) Bigetron RA, Zuxxy yang merupakan terminator kejohanan PMWL berjaya memberikan pasukan nombor satu Indonesia itu kemenangan yang meyakinkan walaupun hanya mempunyai dua pemain yang tingal bagi pusingan tersebut.

Foto: PUBG Mobile Esports Indonesia
Microboy turut memberikan komen mengenai persiapan pasukan Bigetron RA menghadapi pasukan Thailand, Faze Clan pada awal perlawanan nanti.
Jelasnya, Bigetron RA akan memilih untuk mendarat di lokasi yang sama dengan Faze Clan.
“Bagi hari esok (hari ini) khususnya bagi peta Sanhok dan Miramar, lokasi mendarat kami sama dengan pasukan Thailand, Faze Clan.
“Saya tidak sabar untuk merebut kedudukan teratas pada perlawanan esok,” jelas Microboy dalam satu temu bual semalam.
Berdasarkan pemerhatian WTM Today, Bigetron RA dan Faze Clan bakal memilih Bootcamp dan Pecado sebagai tempat pertaruhan bagi mereka sebagai lokasi mendarat nanti.


Pasukan negara, J8 Esports juga diliihat memilih Bootcamp dan Pecado sepanjang Liga PMPL MYSG.
Adakah kita bakal menyaksikan pertarungan tiga hala antara Bigetron RA, Faze Clan dan J8 Esports?
Saksikan kemuncak Showmatch Four Countries Battle ini nanti di Facebook Gaming.
