Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Berbaki 6 pusingan, Siapakah bakal tersingkir dari top 16?

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

TINGGAL satu sahaja hari lagi untuk menamatkan peringkat Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia Singapura (PMPL MYSG), lapan pasukan kini berada dalam kedudukan bahaya untuk layak ke peringkat akhir PMPL Musim Kedua.

Foto:PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile
Foto: PUBG Mobile

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang berada dalam kedudukan bahaya untuk layak ke peringkat akhir nanti;

WeStar Xpert

Musim sebelumnya, pasukan WeStar Xpert yang dahulu dikenali sebagai XPERT MY berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila berjaya menamatkan saingan liga di kelompok 10 pasukan terbaik.

Namun demikian, WeStar Xpert pada kali ini dilihat kurang menyerlah bagi musim kali ini apabila hanya berjaya mengutip satu Chicken Dinner.

WeStar XPert kini hanya 33 mata di belakang pasukan No Recoil yang menduduki tangga ke-16 dan secara kasar memerlukan kira-kira satu Chicken Dinner untuk melakukan kebangkitan tersebut.

TARA ASSASINO

Sebelum ini dikenali sebagai TARA Proyecto X, pasukan TARA masih belum mencari konsistensi yang diperlukan untuk mencecah kelompok 16 pasukan terbaik pada kali ini.

Pada musim sebelumnya, TARA berjaya menduduki tangga ke-10 secara keseluruhan dalam peringkat akhir kejohanan PMPL tersebut dengan 133 mata, hanya 31 mata di belakang pasukan tempat kelima, Dingoz MZ pada ketika itu.

Dengan kejayaan ini, TARA mendapat jemputan terus ke musim seterusnya dan akan berharap bahawa mereka mampu melakukan kejutan untuk menamatkan peringkat liga di kelompok 16 pasukan terbaik.

Kingsmen

Tamat di tempat keempat bagi kejohanan kelayakan PMPL Singapura Ogos lalu, Kartel Gaming yang kini menukar nama ke Kingsmen berada di kedudukan ke-19 secara keseluruhan.

Kartel Gaming akan mensasarkan untuk mengutip beberapa Chicken Dinner bagi hari terakhir kejohanan di samping mata bunuh yang lumayan untuk layak ke peringkat akhir nanti.

AKA ESports

Pernah melahirkan ramai pemain berkualiti yang mengutip pengalaman di peringkat antarabangsa seperti Alex Er (Alexer) dan Sau Puey Neo (SinBNeo), aKa Esports masih mencari rentak untuk meloloskan diri ke peringkat akhir nanti.

Diketuai oleh bekas pemain Team No Recoil, Loo Tze Yu (Looyu), pemain berpengalaman itu berdepan situasi sukar apabila perlu menutup jurang 67 mata antara bekas pasukannya untuk layak ke peringkayt seterusnya.

Mampukah Looyu dan pemain-pemain aKa Esports lain berjaya melakukannya?

8GMT

Terkenal dengan kemahiran perebutan lokasi-lokasi mendarat terutamanya sesama pasukan berpengalaman J8 Esports, pasukan 8GMT dari Singapura dilihat mempunyai jalan yang amat sukar untuk layak ke peringkat seterusnya.

Pasukan 8GMT merupakan juara kejohanan kelayakan PMPL Singapura dan berjaya menewaskan pasukan-pasukan Singapura yang berpengalaman seperti H20 dan Impunity Esports.

Flash Vision Esports

Pasukan Flash Vision kini berada di kedudukan ke-22 secara keseluruhan dengan 285 mata.

Flash Vision sebelum ini pernah menamatkan persaingan di peringkat liga PMPL musim pertama di kelompok pasukan 16 terbaik namun gagal untuk mencari momentum perlawanan bagi edisi kali ini.

Steel Heart Esports

Steel Heart Esports merupakan pasukan berpengalaman yang merupakan pasukan Singapura sulung yang pernah menyertai musim pertama PMPL pada April lalu.

Steel Heart kini berada di tangga ke-23 dengan 253 mata dan berjaya mengutip sebanyak 129 mata bunuh.

PowerPuff Girls

Memulakan liga dengan kemenangan Chicken Dinner di Vikendi, pasukan PowerPuff Girls (PPG) dari Singapura gagal mengekalkan momentum perlawanan sepanjang liga dan kini terpaksa akur di tangga terakhir dengan 172 mata.

Baki lagi enam pusingan untuk peringkat Liga PMPL Musim Kedua ini , mampukah pasukan-pasukan yang berada di bawah melakukan kebangkitan menakjubkan pada hari terakhir kejohanan?

Apakah strategi-strategi dan perubahan corak permainan yang akan dipaparkan oleh pasukan-pasukan yang mengejar slot ke peringkat akhir ini?

Semua soalan bakal terjawab pada hari terakhir Liga PMPL Musim Kedua esok di laman Facebook, jam 3 petang.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved