Connect with us

PUBG Mobile

Saya masih bersama Secret-BiuBiu

Published

on

Foto Fail

“Saya masih bersama organisasi Secret.”

Itu kata pemain profesional PUBG Mobile Team Secret MY, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) dalam satu penstriman langsung di Facebook pada semalam.

Dalam penstriman langsung pada hari Sabtu yang bersertakan kapsyen “I’m back guys. Where have i been and what have i been up to” yang mencecah 204, 000 tontonan dalam jangka masa satu hari, BiuBiu mengesahkan bahawa dia masih bernaung di bawah organisasi Team Secret setakat ini.

BiuBiu berkata demikian bagi menjawab persoalam dalam kalangan peminatnya sama ada dia bakal menyertai pasukan lain selepas Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur tamat.

BiuBiu turut menjelaskan bahawa satu pengumuman susulan akan dilakukan oleh pihaknya mengenai status dirinya sebagai pemain Team Secret.

Dalam penstriman langsung tersebut, pemain yang pernah mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan global itu sempat menceritakan pengalaman pahit yang dilaluinya sejak tiga minggu lalu apabila dikhianati oleh seseorang yang rapat dengan dirinya.

BiuBiu turut memberikan komen-komen positif mengenai rakan sepasukannya dan jurulatih sepanjang PMWL Timur berlangsung.

“Ramai yang menganggap Muhammad Farhan Abdul Gaffar (JangS) adalah punca penurunan prestasi Team Secret, tapi saya tidak rasa begitu.

“Saya anggap penambahan Jangs sebagai penambahan yang baik bagi pasukan,” kata BiuBiu dalam penstriman langsung itu.

Dalam penstriman langsung itu juga, ramai penghibur penstriman langsung tanah air dilihat memberikan sokongan terhadap BiuBiu dengan kata-kata semangat, antaranya termasuklah FattahZie, Boyka Gaming and Sales, MasterRamen.

Sokongan turut dilhat dari pihak pemain profesional PUBG Mobile seperti bekas pemain-pemain Team Secret; Alex Er Yong Fong (Alexer), Stewart Kuang (Stewart9k) dan Darryl Teng (PotatoBangBang) dalam bentuk sokongan moral.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved