PUBG Mobile
ANALISIS: 3-1, Rekod Pertembungan Yoodo Gank menentang BTR RA di PMWL setakat ini
PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank mencatat rekod kemenangan 3-1 dalam pertembungan juara dunia Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) pada peringkat Super Weekend di Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.
Pasukan Yoodo Gank mempamerkan aksi yang cemerlang pada Hari Pertama Super Weekend dengan membolot tiga Chicken Dinner seterusnya menduduki tangga pertama ranking Super Weekend dengan 104 mata secara keseluruhan.

BACA: PMWL: Yoodo Gank kutip 3 Chicken Dinner berturut-turut dalam Super Weekend 1
Yoodo Gank berjaya untuk meratakan pemain-pemain Bigetron RA sebanyak tiga kali pada hari pertama peringkat Super Weekend dengan percaturan bijak dan penukaran posisi (rotation) yang mantap.
Pada pusingan pertama di Erangel, Yoodo Gank berjaya menyapu bersih keempat-empat pemain Bigetron RA tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pujian harus diberikan kepada pemain support Yoodo Gank Azim Ikromi (Draxx), yang berjaya melumpuhkan (knock down) dua pemain pasukan Bigetron, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Nizar Lugatio (Microboy) dengan tembakan M416 yang tepat mengenai sasaran.
Bukan itu sahaja, penilaian ketua dalam pasukan, Izzrudin Hashim (Jumper) dalam menukar posisi Yoodo Gank semasa zon selamat mengecil ke bulatan keempat juga wajar diberi pujian, terutama apabila membuat keputusan menukar arah perjalanan Yoodo Gank ke arah bahagian timur selepas mendapati terdapat beberapa pasukan yang berkumpul di bahagian Erangel.
VIDEO: Penukaran posisi 180 darjah dari Yoodo Gank
Pasukan Yoodo Gank membuat penukaran posisi itu sejauh kira-kira 2.4km dari perumahan Mansion sehinggalah ke kawasan perumahan Mylta yang mengambil masa kira-kira 3 minit 12 saat.
BACA: ANALISIS Rahsia 3× Chicken Dinner :Apa yang perlu anda tahu mengenai corak permainan Yoodo Gank

Pada pusingan kedua di Vikendi, kedua-dua pasukan Yoodo dan Bigetron RA terpaksa bertarung untuk memasuki zon selamat yang tidak berpihak kepada mereka.

Menggunakan kawasan tanah tinggi (highground) sebagai kelebihan, Jumper berjaya mendapatkan tiga mata bunuh dengan mudah untuk pasukan Yoodo selepas menggagalkan rancangan BTR untuk memasuki zon selamat.

Pada pusingan Miramar pula, Yoodo Gank berjaya meratakan dua pemain tunggal BTR , Made Bagus Prabaswara (Luxxy) dan Muhammad Albi (Ryzen) di kota Hacienda del Patron pada pusingan terakhir seterusnya meraih Chicken Dinner ketiga mereka bagi Peringkat Super Weekend tersebut.

Yoodo Gank kini berada di tempat pertama dengan 104 mata secara kesluruhan 35 mata di hadapan pasukan RRQ Athena
Selain itu, satu lagi wakil Malaysia Team Secret MY berada di ranking ke-10 setakat ini dengan 35 mata secara keseluruhan.
Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.
PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).
