PUBG Mobile
PMWL: Selepas telur di hujung tanduk, Team Secret naik juga ke Top 10
KUALA LUMPUR – Selepas tiga kali berturut-turut berada dalam kedudukan paling bawah pada hari pertama League Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, akhirnya pasukan negara Team Secret MY berjaya bangkit untuk naik ke kedudukan 10 teratas.
Team Secret MY yang pada mulanya berada di ranking ke-20, melonjak naik ke tangga kelapan selepas memenangi Chicken Dinner pada pusingan terakhir perlawanan hari ini yang berlangsung di Erangel.
Kemenangan itu juga merupakan kutipan pertama Chicken Dinner Team Secret MY dalam PMWL Timur.
Team Secret MY setakat ini berjaya mengumpul 39 mata dengan 11 mata bunuh (kills) pada peringkat League Weekend.
Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank terus konsinsten berada dalam kelompok tiga teratas.
Yoodo Gank berjaya mengumpul 55 mata tanpa Chicken Dinner.
Selepas melalui empat dari pusingan yang berlangsung hari ini, Yoodo Gank turut berjaya mengutip 25 kills.
Pasukan Mongolia, No Chance yang membuat kemunculan pertama di peringkat kejohanan dunia mengungguli carta League Weekend ketika ini dengan 64 mata.
No Chance juga tidak mengutip sebarang Chicken Dinner setakat ini dan berjaya berada di tangga pertama berikutan corak permainan yang konsisten.


Berikut adalah keputusan penuh Chicken Dinner Hari Pertama League Weekend PMPL Timur:
Pusingan 1 – Erangel – Megastars ????????
Pusingan 2 – Vikendi – Orange Rock ????????
Pusingan 3 – Erangel – Bigetron RED Aliens ????????
Pusingan 4 – Vikendi – RRQ Athena ????????
Pusingan 5 – Erangel – Team Secret MY ????????
League Weekend akan kembali berlangsung pada esok jam 8 malam di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.
Hanya 16 pasukan teratas League Weekend yang layak ke peringkat paling penting dalam PMWL Timur iaitu Super Weekend.
PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$850,000).
