PUBG Mobile
PMWL: Beri laluan kepada Raja Sanhok, Yoodo Gank raih Chicken Dinner pertama!
KUALA LUMPUR – Pasukan Nombor 1 Asia Tenggara, The One and Onleh Yoodo Gank berjaya mendapatkan Chicken Dinner pertama Malaysia dalam perlawanan hari kedua Opening Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.
Yoodo Gank yang dilihat menepati ramalan, berjaya meraih Chicken Dinner pertama itu di peta pilihan Sanhok dengan 11 mata bunuh (kills).
Pasukan popular tanah air itu juga merekodkan jumlah kemusnahan sebanyak 1072 mata.
BACA: T1, Orange Rock beraksi luar jangkaan – Man Parang Yoodo Gank

Menerusi kemenenangan itu, Yoodo Gank turut memperbaiki kedudukan terkini dalam ranking Opening Weekend PMWL Timur.
Secara keseluruhan Yoodo Gank kini berada di tangga ketiga dengan 92 mata.
Berada di hadapan Yoodo Gank adalah pasukan India, Orange Rock dengan 98 mata dan jaguh dunia Bigetron Red Aliens, 106 mata.


PMWL Timur masih lagi berlangsung ketika in bagi perlawanan hari kedua Opening Weekend.
Kejohanan itu disiarkan secara langsung di YouTube dan Facebook PUBG Mobile Esports.
Kejohanan berprestij ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta (AS$425,000).
