PUBG Mobile
STP Bosskurr sapu 3 Chicken Dinner berturut-turut dalam Battle of The Heroes
PASUKAN PUBG Mobile popular tanah air, STP Bosskurr membolot semua Chicken Dinner yang dipertandingkan dalam Facebook Gaming Creators iaitu Creator Games : Battle of The Heroes (Malaysia) seketika tadi.
STP Bosskurr yang terdiri daripada penghibur-penghibur penstriman langsung yang cukup dikenali ramai memenangi tiga pusingan peta yang diadakan pada hari ini iatu di Vikendi, Miramar dan Erangel.
Barisan STP Bosskurr diketuai pemain PUBG Mobile yang berpengalaman dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa iaitu Dwi Agus Rian Supardi (Agus).
Selain Agus pemain-pemain STP Bosskurr adalah termasuk Zulfikar Kene (Obot), Azmal Jasni (Naoki) dan Syafiq Faizin (Zynn).
Pertandingan Creator Games : Battle of The Heroes turut melibatkan pempengaruh (influencer) Facebook Gaming dari seluruh Asia. Ia bermula sejak 20 Jun lalu dan akan berakhir pada 2 Julai nanti.
Bagi acara PUBG Mobile, dua pasukan teratas bagi kelayakan negara akan berpeluang beraksi di Grand Final Regional.
Selain STP Bosskurr, Pertandingan Creator Games : Battle of The Heroes yang diadakan tadi turut disertai Team KingXQueen, Team Mivapoda, Team Suka Suki, Team TSLuL, Team Lontong, Team No Recoil dan Team Kaki Scam.
