Connect with us

Mobile Legends

Maharaja Soloz cipta sejarah tersendiri, catat Malaysia Book of Records

Published

on

Satu lagi rekod untuk pemain e-sukan. Tahniah Soloz,

KUALA LUMPUR – Malaysia Book of Records secara rasmi mengiktiraf pemain dan penghibur penstriman langsung e-sukan, Mohd Faris Zakaria (Soloz) pada semalam.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Book of Records berkata Soloz kini memegang rekod kebangsaan bagi kategori Pengikut Facebook (E-Sukan) Paling Banyak.

“Tahniah Soloz kerana berada dalam Rekod Kebangsaan E-Sukan Malaysia.

“Kami berharap untuk melihat lebih banyak lagi pencapaian anda pada masa akan datang. 

“Teruskan memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk mengangkat semangat ‘Malaysia Boleh,” kata Malaysia Book of Records.

Soloz merupakan antara penggiat e-sukan yang berpengaruh di Malaysia.

Setakat artikel ini ditulis, dia mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Facebook.

BACA: Maharaja Soloz kini raih 1,000,000 pengikut di Facebook

Soloz yang turut dikenali sebagai ‘Maharaja Soloz’ dalam kalangan komuniti dan peminat, pernah memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia pada Julai 2019.

Sebelum menjadi penghibur penstriman langsung sepenuh masa, Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends bagi pasukan Team Bosskurr.

Dia juga pernah mewakili Malaysia pada tahun 2018 bagi kejohanan Piala Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia.

Soloz juga pernah terpilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat liga MPL Musim Keempat pada tahun lepas.

Pada tahun yang sama, Soloz bersama Team Bosskurr berjaya menyumbangkan pingat gangsa untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Sebelum ini pemain e-sukan PUBG Mobile, dari pasukan Team Secret Malaysia, Jiunn Jie Kow (BiuBiu) mendapat pengiktirafan itu menerusi kategori Jumlah Tontonan Bagi Sebuah Video E-Sukan Terbanyak di YouTube.

Menurut Malaysia Book of Records, pemberian pengiktirafan itu adalah untuk membantu menaikkan nama wira-wira tempatan termasuk pemain dan jenama e-sukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved