Connect with us

Mobile Legends

Ini hanya permulaan untuk barisan baru Team Bosskurr – Syno

Published

on

Foto: Instagram / Syno

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Mobile Legends, Mohamad Amir Afdhal Ruzlan (Syno) yakin pasukannya akan bangkit lebih kuat pada Musim Liga Profesional (MPL) akan datang.

Syno berkata, pencapaian Team Bosskurr dalam MPL Musim Kelima baru-baru ini adalah permulaan kepada barisan baharu pasukan itu.

“Musim hadapan ada lagi geng! Ini hanyalah permulaan bagi barisan baharu pasukan kami.

“Ayuh bangkit lebih kuat untuk MPL Musim keenam,” kata Syno dalam satu catatan Instagram semalam.

Syno menyertai Team Bosskurr pada Ogos tahun lalu kerana harapan peminat-peminatnya.

BACA: “Saya sertai Bosskurr kerana harapan peminat” – Syno

Antara pencapaian yang diraihnya bersama Team Bosskurr setakat ini termasuk menjadi juara Selangor Cybergames 2020 dan menduduki kelompok enam pasukan terbaik MPL Musim Kelima.

Sementara itu, Syno dalam satu komen berbalas di post Instagram yang sama turut berkata dia tidak menolak kemungkinan pemain Team Bosskurr yang pernah beraksi dalam Sukan SEA 2019, Hazeem Onn (Scott) untuk menyertai barisan utama pasukan itu itu.

“Ya, sudah tentu,” kata Syno ringkas apabila ditanya pengguna Instagram @nik.zuhri yang mencadangkan sama ada Scott perlu menjadi sebahagian dari pasukan itu.

BACA: Scott rindu ‘line up’ Sukan SEA, percaya boleh pergi jauh

Foto: Mobile Legends

Selain Syno, barisan pemain Team Bosskurr ketika ini adalah Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia), Jamil Nurolla (Zaraki) Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) dan Herwin Baharuddin (Ciwing Rush).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved