Mobile Legends
Todak umum barisan MPL MY S14 pada jam 5pm nanti
KUALA LUMPUR – Organisasi esukan tempatan, Todak akan melakukan satu pengumuman mengenai barisan rasmi MLBB untuk MPL MY S14 2024.
Dalam satu posting seketika tadi, Todak turut bersertakan satu kapsyen: “Kemerdekaan ini adalah kemenangan kita bersama.”
Todak sebelum ini mengakhiri edisi MPL MY S13 di kedudukan enam terbaik secara keseluruhan.
Pasukan itu memegang rekod terbanyak di peringkat MPL MY dengan:
- Tiga kali juara MPL
- 7 kali Grand Finalis MPL
Pada M1 2019, Todak berjaya menduduki ketiga terbaik dunia untuk Kejuaraan Siri M.
Siri M atau M series merupakan kejohanan dunia utama bagi acara esukan MLBB.
