Mobile Legends
Tiga Pasukan Malaysia bersaing di HOK EWC
RIYADH – Tiga wakil Malaysia akan bersaing di Honor of Kings Invitational (HOK) Midseason Esports World Cup (EWC) 2024 bertempat di Riyadh, Arab Saudi.
LGD Gaming MY dan Team Secret berada di kumpulan A manakala Weibo Gaming MY di kumpulan B.
Kejohanan ini bakal bermula dengan peringkat kumpulan pada 1 Ogos 2024.
Hadiah wang tunai terkumpul yang ditawarkan untuk kejohanan ini ialah kira-kira RM13 juta (AS$3,000,000).
