Connect with us

PUBG Mobile

Podvosto akan menjadi milik kami di Liga Dunia – NoChance

Published

on

PASUKAN profesional PUBG Mobile Mongolia, NoChance menyatakan bahawa mereka akan menguasai kawasan Podvosto dengan menewaskan pasukan negara, Team Secret dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) akan datang.

Pengurus pasukan NoChance, Temuulen Odonchimeg (T-GoD), berkata dia percaya bahawa Podvosto bakal menjadi milik NoChance pada awal pusingan di Vikendi nanti.

“Berbanding Team Secret, kami adalah kuda hitam bagi kejohanan ini.

“Kami mengutamakan pemilihan lokasi mendarat bagi mengoptimumkan mata kedudukan pasukan.

“Saya yakin dan percaya 100% bahawa pemain-pemain kami akan menjadikan Podvosto milik NoChance di PMWL,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama WTM Today,

Sementara itu, apabila disoal mengenai siapa pesaing terhebat dalam kumpulan dan liga dunia ini jawapan T-GoD: “Setiap pasukan sememangnya berkaliber dan mampu memberikan saingan pada setiap pusingan perlawanan.

“Oleh itu, kami akan memperbaiki komunikasi dalam permainan untuk menunjukkan kebolehan pemain-pemain dari Mongolia,” katanya yang turut memainkan peranan sebagai jurulatih NoChance.

T-GoD dalam masa yang juga merakamkan penghargaan kepada peminat yang memberi sokongan kepadaNoChance.

Dia juga berharap bahawa pasukan NoChance mampu mencapai lebih banyak pencapaian demi peminat.

Pasukan NoChance dari Mongolia ini pada mulanya dibarisi Kos, Heineken, Offdels dan Miskey.

ChocoNutX dan Godless, penembak-penembak terbaik mereka diperkenalkan ke dalam barisan pemain mereka apabila menjelangnya pusingan kelayakan PMCO 2020 Spring Split.

T-GoD juga menjelaskan maksud tersirat nama pasukan “NoChance”, iaitu mereka tidak akan memberi apa-apa peluang kepada pesaing mereka.

NoChance yang mewakili Mongolia bakal beraksi di PMWL pada 10 Julai nanti.

Kejohanan itu bakal menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar anjuran PUBG Mobile Esports iaitu kira-kira RM3.6 juta (AS$300,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved