Connect with us

PUBG Mobile

PeaceKeeper Elite League: 4AM buat comeback, rekod kutipan kills paling tinggi tanpa Chicken Dinner

Published

on

Pemain PUBG Mobile Wu Hongsen (33svan) bersama pasukannya 4AM berjaya memperbaiki posisi dalam Final PEL - Foto : VSPN Esports

PASUKAN Profesional PUBG Mobile China (4AM) kembali menaiki carta dalam ranking Final Liga PeaceKeeper Elite (PEL) selepas mencatat rekod mata bunuh (kills) terbanyak tanpa Chicken Dinner pada hari kedua kejohanan itu.

Penyandang PEL 2019 yang sebelum ini berada di ranking ketujuh pada hari pertama, naik ke ranking keempat dengan kutipan 108 mata setakat ini.

Meski tanpa Chicken Dinner, 4AM berjaya memperbaiki posisi kedudukan berikutan kekuatan salah satu pemainnya (Suk) yang berjaya mendapatkan 11 kills, 2155 kesan musnah serta purata hidup dalam permainan selama 21 minit dan 1 saat.

Foto: Douyu.tv

Sementara itu, pasukan pilihan X-Quest F (XQF) menamatkan hari kedua Final PEL dengan berada di ranking kedua dengan 116 mata dan 56 kills.

XQF mengejar penyandang tempat pertama ketika ini iaitu All Gamers (AG) yang berjaya mendapatkan 139 mata dengan dua Chicken Dinner.

Foto: Douyu.tv

Berikut adalah rekod Chicken Dinner Hari Kedua Final PEL:

  • Pusingan 1: Tianba
  • Pusingan 2: AG
  • Pusingan 3:Tianba
  • Pusingan 4: WeFun
  • Pusingan 5: AG

Bintang XQF, Zhu Bojun (Paraboy) turut menunjukkan prestasi yang baik apabila berada di tempat ketiga dalam carta pembunuh terbaik Final PEL dengan 18 kills.

Liga PEL merupakan kejohanan Perspektif Pandang Pertama dengan mod yang mencabar seperti tiada auto-reload dan penutupan tatapan bantuan sasaran kepada semua pemain.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved