Connect with us

Mobile Legends

NV Bossskurr tidak pernah bubar, hanya tukar ‘line up’

Published

on

Foto : NV Bosskurr

KUALA LUMPUR – Cawangan Singapura Team Bosskur, Notorious Villains (NV) Bosskurr menafikan pasukannya telah bubar.

NV Bosskurr berkata isu tersebut timbul selepas satu salah faham antara pasukan itu dengan pihak penganjur Liga Profesional Mobile Legends : Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura pada bulan lalu.

“Penganjur mungkin salah faham NV telah dibubarkan namun kami secara rasmi ingin memaklumkan ia tidak benar,” kata NV Bosskurr.

Jelasnya, NV Bosskurr melakukan satu rombakan pemain bagi menghadapi MPL Musim Kelima.

Barisan pemain NV Bosskurr yang terbaharu adalah:

  • Kolia (Kapten)
  • Xmxmxm
  • Swan
  • Xian
  • Hallu
  • Qiann

“Seharapnya para peminat dapat terus memberi sokongan kepada kami pada MPL akan datang.

“Dalam masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Fossa, Fenrir, Azura X, James Chan dan Ken atas usaha mereka pada MPL musim lalu.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” kata NV Bosskurr.

Pada September 2019, NV telah dijenamakan semula sebagai NV Bosskurr.

Pengurus pemasaran NV Bosskurr, Faeiz Wahab (Uncle Chikanook) berkata penjenamaan semula nama semula pasukan itu adalah berikutan hasil jalinan kerjasama bersama organisasi e-sukan popular tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved