Gaming
MotoGP 26 lancar 29 April ini, harga bermula RM242
PERMAINAN MotoGP 26 bakal dilancarkan pada 29 April ini dengan harga bermula kira-kira RM242 (AS$59.90).
Permainan simulasi perlumbaan motosikal ini menawarkan sistem fizik yang diperbaharui untuk kawalan lebih baik, mod kerjaya yang lebih mendalam, serta keupayaan untuk berlatih dan bermain bersama pemain lain menerusi perlawanan dalam talian.
Menurut pihak pembangun permainan, Milestone, permainan MotoGP 26 akan tersedia di PC (Steam & Epic Games Store), PS5 (PlayStation 5), Xbox Series X/S Nintendo Switch dan Nintendo Switch 2
Sementara itu, di platform Epic Games Store, pengguna boleh mendapatkan permainan ini pada harga RM219 menerusi tawaran pra-tempahan.
MotoGP 26 kini dibuka untuk pra-pembelian, dengan pembeli awal akan menerima permainan penuh bersama dua kandungan tambahan iaitu MotoGP 26 – Scorpion Helmet Pack dan MotoGP 26 – HJC Helmet Pack.
Judul ini turut menampilkan pengalaman rasmi Kejuaraan MotoGP 2026 menerusi kehadiran semua pelumba, pasukan, jentera dan litar rasmi musim semasa.
