Connect with us

Gaming

Game Crimson Desert catat RM720 juta keuntungan, capai 4 juta salinan terjual

Published

on

Foto: Crimson Desert

CRIMSON Desert  merekodkan jualan sehingga empat juta salinan di seluruh platform sejak ia dilancarkan pada 19 Mac lalu.

Menurut pembangun permainan video, Pearl Abyss, permainan aksi dunia terbuka tersebut merekodkan dua juta salinan terjual dalam 24 jam pertama ia dilancarkan, kemudian mencapai tiga juta salinan dalam masa lima hari, dan akhirnya empat juta salinan dalam masa kira-kira 13 hari.

Sementara itu, Firma Penganalisis Data Gaming, Alinea Analytics,  menggangarkan permainan ini telah menjana kira-kira RM 720 juta (AS$200 juta)  hasil daripada jualan empat juta Salinan.

Permainan video ini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.

 

 

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved