Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: MPL Musim Keenam kembali, pendaftaran dibuka

Published

on

Foto: Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Liga Profesional Mobile Legends terbesar di Malaysia dan Singapura (MPL) kini kembali musim keenam.

Pembangun Mobile Legends, Moonton berkata pusingan kelayakan Malaysia akan berlangsung selama tiga hari bermula 24-26 Julai.

Manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlansung selama dua hari iaitu pada 25-26 Julai.

“Empat pesaing baharu iaitu dua dari Malaysia dan dua dari pasukan Singapura akan dipilih menerusi pusingan kelayakan.

“Sementara itu, enam pasukan dari MPL Musim Kelima akan mendapat jemputan terus, iaitu empat pasukan Malaysia dan dua pasukan Singapura,” kata Moonton dalam satu kenyataan media pada semalam.

Pendaftaran untuk menyertai MPL Musim Keenam telah pun dibuka sejak semalam.

Bagi pemain Malaysia yang berminat untuk mendaftar boleh ke pautan ini.

Sementara itu bagi pemain Singapura boleh mendaftar di pautan ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved