Mobile Legends
Kunci GGHG di MWI
Riyadh – Kunci pasukan Gaimin Gladiators: Homegirls (GGHG) menjadi salah satu kunci yang dipilih oleh juara kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legend (MWI), Smart Omega Empress.
Menurut pemain Gold Laner Smart Omega Empress, Shinoa, GGHG dilihat sebagai antara pasukan terkuat dalam arena MLBB Wanita dunia.
Jelasnya lagi, Smart Omega Empress juga telah memilih dua pasukan Indonesia, Falcon Vega dan Team Vitality sebagai kunci pasukan untuk diletakkan di piala kejuaraan.
Pada pusingan Grand Final, Smart Omega Empress telah menumpaskan wakil daripada Indonesia Team Vitality dengan kemenangan bersih 3-0.
Mereka membawa pulang piala dan hadiah wang tunai lumayan kira-kira RM 838,000 (AS$180,000).
Wakil kita GGHG juga tidak pulang dengan tangan kosong, turut membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM116,400 (AS$25,000).
