Mobile Legends
Ketidakpastian Udil di MPL S14
KUALA LUMPUR – Pemain Midlaner tempatan, Udil masih belum mengetahui adakah dia bakal bermain untuk Homebois pada MPL Musim ke-14.
“Jujur saya masih lagi tidak tahu” kata Udil di platform media sosial Instagram @wtmtoday.
Jelas Udil, dia masih belum tahu adakah dia akan bermain lagi bersama pasukan sama, bersara ataupun bermain dengan pasukan baru.
Udil pernah mendapat tempat kedua bersama Homebois pada MPL Musim ke-13 yang lalu.
Video penuh: https://www.instagram.com/reel/C-K-GHGo_2l/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
