Mobile Legends
Iris sah sertai Red Riot
KUALA LUMPUR- Pemain EXP Laner tempatan, Iris, sah menyertai pasukan MPL MY Red Riot.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun utama Red Riot, iaitu @redesports.my pada semalam.
“Selamat datang Iris! Kami berbesar hati untuk anda menyertai Red Esport!
“Bersiap sedia untuk corak permainan yang epik dan yang tidak boleh dilupakan,” kata Red Esports dalam kapsyen tersebut.
Iris sebelum ini bermain untuk Team Haq selama dua musim di MPL MY.
Dalam satu catatan IG Story berasingan, Iris juga berharap komuniti dapat memberikan sokongan kepadanya.
“Jangan lupa untuk memberikan sokongan kepada Red Esports pada MPL Musim ke-14 akan datang” kata Iris.
