Connect with us

Hearthstone

Giliran pemain Hearthstone, Dr Yew jadi pemegang Malaysia Book of Records

Published

on

Professor Madya Dr Yew Weng Kean (Wkyew) ketika memenangi pingat emas Sukan SEA 2019. - Foto fail

SELEPAS Jiunn Jie Kow (BiuBiu) dan Mohd Faris Zakaria (Soloz), kini giliran pemain e-sukan Hearthstone Professor Madya Dr Yew Weng Kean (Wkyew) pula menjadi pemegang Malaysia Book of Records.

Menurut Malaysia Book of Records, pencapaian Wkyew dicatatkan dalam buku rekod kebangsaan itu berikutan kejayaannya dalam acara e-sukan Hearthstone Sukan SEA 2019.

“Wkyew yang juga merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Elektrik menjadi suri teladan kepada ramai rakyat Malaysia.

“(Pencapaiannya) menunjukkan seseorang yang meluangkan masa dalam bermain game juga boleh berjaya dalam industri permainan video, pendidikan dan kerjayanya.

“Keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan,” kata Malaysia Book of Recordsdalam satu kenyataan.

Pada Disember tahun lalu, Wkyew juga merupakan pensyarah di Heriot-Watt University Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama acara e-sukan Sukan SEA 2019.

Wkyew muncul sebagai penyandang pingat emas selepas menewaskan pemain Thailand, Werit Popan 3-1 pada Grand Final, yang berlangsung di Filoil Flying V Centre, Manila, Filipina.

Sepanjangan penglibatannya dalam arena kompetitif Hearthstone, antara pencapaian Wkyew termasuk: 

  • Top 3 SEA Summer Preliminaries 2016
  • Top 16 Malaysia & Singapore Major 2017
  • Malaysia Top Point Earner 2018,
  • Malaysia Global Games Captain 2018,
  • Malaysia WCG representative 2019

Menerusi kemenangan Wkyew dalam Sukan SEA 2019 itu, lagu kebangsaan, Negaraku, berkumandang buat pertama kali di Filoil Flying V Centre, Manila Filipina.

Setakat ini, tiga pemain e-sukan tanah air berjaya menjadi pemegang Malaysia Book of Records, iaitu:

  • BiuBiu (Pemain Profesional PUBG Mobile Team Secret)
  • Soloz (Penghibur Penstriman Langsung Team Bosskurr)
  • Wkyew (Pemain Hearthstone tanah air).

Menurut Malaysia Book of Records, pemberian pengiktirafan itu adalah untuk membantu menaikkan nama wira-wira tempatan termasuk pemain dan jenama e-sukan.

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved