Mobile Legends
Caprice berminat untuk tubuh pasukan Mobile Legends?

KUALA LUMPUR – Satu Instagram Story yang dimuatnaik penyayi rap tanah air, Ariz Ramli (Caprice) baru-baru ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau berminat untuk menubuhkan pasukan e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).
Dalam Instagram Story tersebut, Caprice membuat naik satu logo Xde Hal Bro Esports dengan bertanyakan soalan kepada pengikutnya: “Ramaikah yang main Mobile Legends?”

Sebelum ini Caprice mengumumkan dia akan mendaftarkan satu syarikat baharu dalam bidang e-sukan.
Caprice juga menyatakan pihaknya sedang mencari pemain-pemain e-sukan PUBG dan menawarkan gaji antara RM3,000-RM5,000.
Dia berkata uji bakat pencarian bakat PUBG bagi pasukannya akan diadakan pada Ogos nanti.
Selain dikenali sebagai seorang selebriti, Caprice juga merupakan usahawan dan pengasas kepada aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka.