Connect with us

PUBG Mobile

Blackout bukan alasan – Pengurus Resurgence

Published

on

AARON: Kami menyerahkan keputusan untuk melakukan perlawanan kepada pihak berkenaan dan Resurgence akan akur sahaja. - Foto Facebook / Aaron Chan

KUALA LUMPUR – Bekalan elektrik terputus bukan sebab pasukan Resurgence MY meminta perlawanan semula dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) kata pengurusnya, Aaron Chan.

Aaron berkata permintaan untuk perlawanan semula itu adalah disebabkan masalah pepijat (bug).

“Bekalan elektrik terputus bukan alasannya dan ia berlaku selepas pepijat muncul. Masalah pepijat berlaku selepas salah seorang pemain kami mati.

“Bekalan elektrik terputus juga berlaku sebelum pusingan Erangel bermula dan setiap pemain menggunakan data di telefon untuk pusingan kelima.

“Kami menyerahkan keputusan itu kepada pihak berkenaan dan Resurgence akan akur sahaja,” kata Aaron dalam satu kenyataan hari ini.

Pusingan keempat PMPL MY/SG hari ini yang berlangsung di Sanhok mencetuskan sedikit kontroversi apabila ia dikatakan perlu dimainkan semula sejurus tamat perlawanan.

Pada pusingan itu menyaksikan Team Secret meraih Chicken Dinner.

Setakat ini, pihak penganjur masih belum memberi keputusan muktamad sama ada pusingan itu perlu diadakan semula atau tidak.

Sementara itu, Aaron berharap agar orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu ini.

“Saya berharap anda tidak membuat spekulasi sebarangan dan jangan menyalahkan mana-mana pihak dalam isu ini,” kata Aaron.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved