Mobile Legends
Coach Behave, Maima Sah Milik RSG MY
Jurulatih MLBB Filipina, Gian Carl Lamintao (Coach Behave) dan pemain profesional MLBB negara, Muhammad Azam Izzuddin (Maima) sah sertai RSG Malaysia (RSG MY).
Pengumuman ini telah dilakukan melalui laman Instagram rasmi @rsg.malaysia awal petang tadi.
Selain mereka berdua, Xavvsz, Rannqt juga Ilham juga menjadi pemain-pemain baru yang akan bermain untuk RSG MY musim ini.
Ini adalah barisan rasmi RSG MY bagi MPL MY Musim 14:
Exp Laner: Rippo
Roamer: Stowm
Goldlaner: Xavvsz
Midlaner: Maima
Jungler: Rannqt
Jungler: Ilham
Coach: Behave
MPL Malaysia Musim 14 bakal bermula pada 7 September (Sabtu) ini.
Foto: @rsg.malaysia
