Mobile Legends
MSC catat 2.3 Juta tontonan serentak
KUALA LUMPUR- EWC: Kejohanan MLBB Mid Season Cup (MSC) 2024 mencatatkan 2,382,990 tontonan serentak.
Menurut Firma Penyelidikan Esukan, Esports Charts, ini merupakan tontonan kemuncak tertinggi setakat ini di Esport World Cup (EWC) sejak ia dijalankan pada 4 Julai lalu.
MSC telah berlangsung di Riyadh Arab Saudi, dan menjadi sebahagian daripada acara EWC.
Kejohanan ini juga telah dimenangi pasukan daripada Malaysia, Selangor Red Giants dengan mengalahkan pasukan gergasi daripada Filipina, Falcons AP Bren.
