Mobile Legends
Sekysss mahu bina rumah baru untuk keluarganya
KUALA LUMPUR- Pemain Jungler pasukan MLBB Selangor Red Giants (SRG), Muhammad Haqqullah (Sekysss) berhasrat untuk membina rumah baru untuk keluarganya di Terengganu.
Pemain yang berasal daripada Terengganu itu ingin mengutamakan keluarganya.
Jelas Sekysss, ini kerana dia datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan dia mahu berbakti kepada keluarganya.
Pada hujung minggu yang lalu, Selangor Red Giants telah menjuarai Mid Season Cup (MSC) 2024 yang diadakan di Riyadh Arab Saudi.
Mereka telah menumpaskan jaguh daripada Filipina Falcons AP Bren dengan keputusan 4-3.
SRG telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai kira-kira kira-kira RM4.7 Juta (AS$1 Juta).
Sekysss juga telah menerima wang tunai tambahan kira-kira RM233,000 (AS$50,000) selepas dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan (Finals MVP).
