Mobile Legends
Sukma: MESF Ambil Tindakan Terhadap Pengurus Terengganu
SARAWAK – PERSEKUTUAN Esukan Malaysia (MESF) mengesahkan insiden perselisihan faham yang berlaku antara pihak pengurusan skuad esukan Terengganu dan pemain esukan Johor pada pusingan 3 MLBB Sukan Malaysia divisi (SUKMA) semalam sehingga mengakibatkan perlawanan dihentikan.
Menurut MESF, selepas penilaian yang terperinci dilakukan secara damai, kemenenangan pusingan ketiga telah diberikan kepada pasukan Johor dan tindakan telah dikenakan kepada Pengurus Terengganu.
“Perkara ini telah diselesaikan secara damai antara kedua belah pasukan dan kemenangan perlawanan ketiga diberikan kepada pasukan Johor. Bagi Pengurus pasukan Terengganu pula tidak dibenarkan hadir ke tempat pertandingan.” jelas MESF dalam satu hantaran Facebook rasminya.
Pihak MESF menegaskan, sebarang tindakan provokasi akan diambil serius agar perkara ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.
Pasukan Johor mengakhiri saingan Kumpulan A dengan 11 mata di tempat ketiga manakala Terengganu berada di tempat keempat dengan 9 mata.
Kedua-dua pasukan telah layak ke peringkat playoff setelah menjadi empat pasukan terbaik dalam Kumpulan A.
