PUBG Mobile
YALL kekal nombor satu di PMWC
KUALA LUMPUR – Wakil Malaysia, Yoodoo Alliance masih kekal nombor satu di dalam peringkat kumpulan.
Selesai sudah saingan hari kedua peringkat Kumpulan PMWC Riyadh 2024. Wakil daripada Malaysia, Yoodo Alliance sekarang masih berada di ranking pertama dengan mengumpul 122 mata ketika ini.
Prestasi yang memberangsang oleh YALL bermula apabila mereka berjaya memperolehi WWCD di Map 3 (Erangel) dan Map 4 (Erangel).
Pada Map 6 (Miramar), walaupun tidak berhasil untuk mendapatkan WWCD, YALL berada di posisi Top 2 dengan 15 penyingkiran.
Mereka perlu berada di kedudukan 12 yang terbaik di peringkat kumpulan untuk mereka mara ke Acara Utama yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
