Connect with us

PUBG Mobile

Hero Zhuxin, Skill Dua Boleh Buat Enemy Terbang

Published

on

FOTO: MOONTON GAMES

Analisis WTM: Hero ke-125 dalam Land of Dawn, iaitu Zhuxin merupakan hero Mage yang bakal dikeluarkan oleh Moonton pada 29 Jun 2024.

Jom kita bincangkan secara ringkas skill set yang terdapat dalam hero ini:

  • Skill 1 (Fluttering Grace) – Mampu mengeluarkan 250 hingga 350 Magic Damage dan memberikan slow effect kepada enemy sebanyak 20% serta menukarkannya kepada Movement Speed hero ini selama 1.5 saat.
  • Skill 2 (Lantern Flare) – Menggunakan mana secara berterusan dengan menghasilkan Spirit Lantern (40 hingga 120 Magic Damage) ditambah dengan Crimson Butterflies (180 hingga 430 Magic Damage). Apabila skill ini mempunyai 10 stacks Soul Snare, ia mampu mengangkat enemy dan memindahkannya ke posisi lain seperti ulti pada hero Atlas.
  • Skill 3 (Crimson Beacon) – Mempunyai effect blink yang sesuai dijadikan untuk mengejar atau lari daripada enemy dan mampu menghasilkan 400 hingga 700 Shield dan Area Damage selama 6 saat. Skill ini juga mengeluarkan 60 hingga 90 Magic Damage serta mengumpulkan 1 stacks Soul Snare pada setiap 1 saat.

Combo Skill Set yang boleh digunakan untuk hero ini adalah 3+1+2 atau 1+3+2.

Pada pendapat abang, kekurangan yang terdapat pada hero ini adalah:

  • Penggunaan Mana hero yang terlalu boros.
  • Masa untuk kumpul Stacks Soul Snare terlalu lama.
  • Magic Damage tinggi pada late game sahaja sama seperti hero Cecilion dan Xavier.

Apa pandangan korang tentang hero Zhuxin ini? Boleh jadi Top Banned Hero atau lesap sama macam hero Carmilla dan Aulus?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved