Mobile Legends
Loleal, Zakqt sertai JP NINERS untuk MPL MY S14
KUALA LUMPUR – Pemain Midlaner tempatan yang menjuarai MPL MY S13 yang lalu, Zakqt, dan MVP Grand Final MPL MY S7, Loleal sah menyertai JP NINERS.
Dalam satu pengumuman hari ini, JP NINERS turut berkongsikan barisan penuh pasukan itu:
Gold Laner – Loleal
Jungler – Maxx
EXP Laner – Ye3
Mid Laner – Zakqt
Roamer – Rasy, Zayy
Staf jurulatih: Cikoo, Antagonist
Pada musim lalu, JP Niners hampir melalui episod nyawa-nyawa ikan namun berjaya mengunci slot liga pada saat akhir.
JP Niners berada di tangga ke-7 pada musim lalu dan tidak berjaya mara ke playoff.
MPL MY S14 akan bermula 7 September ini di Stadium Tertutup Serdang Jaya, Selangor.
