Mobile Legends
MPL PH perkenalkan sistem mata yang keras
TIADA ruang untuk menguji meta, kerana setiap kemenangan adalah penting.
Itulah perkara utama yang diaplikasikan dalam Liga Profesional MLBB Filipina Musim Ke-14 (MPL PH S14) kali ini apabila memperkenalkan sistem permakahan yang baru iaitu:
- Bagi mana-mana pasukan yang mengutip dua mata kemenangan dalam satu perlawanan, sama ada 2-0 atau 2-1, pasukan itu akan menerima 1 markah sahaja.
- Sementara itu, mana-mana pasukan yang tidak mengutip sebarang mata dalam satu perlawanan tidak akan menerima apa-apa markah.
MPL PH S14 akan bermula minggu ini, 16 Ogos.
