Mobile Legends
Gojes, Bukan Sekadar Pemanas Bangku
Bukan sekadar pemanas bangku, pemain profesional Mobile Legend Yoodo Red Giants, Ilman Zareef (Gojes) telah mempamerkan mutu permainan dan mekanik (kemahiran skill).
Dalam satu perlawanan persahabatan MESF (Persekutuan Esukan Malaysian) menentang VIRESA (Persatuan Esukan Dan Rekreasi Vietnam) baru-baru ini, Gojes berhasil memperolehi maniac (4 kill berturut) dengan menggunakan Benedetta.
Meskipun tidak diturunkan pada saingan liga MPL Malaysia Musim 13, Gojes tetap menunjukkan kenapa dia antara EXP terbaik tanah air.
IESF World Esports Championship 2024 bakal berlangsung pada 11 November 2024 di Riyadh Arab Saudi dengan menawarkan hadiah terkumpul kira-kira RM755,000 (AS$160,000).
