Connect with us

PUBG Mobile

Timing masuk circle menjadi, Yoodo Gank kuasai Miramar

Published

on

Foto PUBG Mobile

BACAAN ramalan kedudukan bulatan daripada pasukan popular PUBG Mobile tanah air, Yoodo Gank dalam pusingan ke-11 peringkat Weekday 2, Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) yang berlangsung tadi menunjukkan satu keputusan yang sangat baik.

Yoodo Gank yang dilihat berkumpul di kawasan Monte Nuevo pada awal pusingan kekal tenang dan tidak terburu-buru mengejar zon bulatan selamat.

Pasukan itu dilihat menunggu kira-kira 350 meter di luar zon, sebelum memilih untuk memasuki bulatan, terutama apabila zon mula mengecil ke arah Chumacera.

Strategi Yoodo Gank itu juga berjaya mengelak sebarang tembakan rambang dari bahagian belakang atau titik buta.

Yoodo Gank yang menunggu di luar bulatan. – Foto PUBG Mobile

Apabila tinggal hanya tiga pasukan iaitu Yoodo Gank, Team SMG dan Al-Ikhlas R2K, pasukan itu dilihat membahagikan kesemua pemain yang ada iaitu Man Parang, Draxx, Putra dan Bravo kepada dua arah.

Putra dan Man Parang akan memantau di bahagian belakang manakala Draxx dan Bravo akan cuba merusuh di bahagian hadapan.

Strategi Yoodo Gank berjaya mendapatkan 9 mata bunuh dan Chicken Dinner.

Kemenagan itu juga menjadikan kemenangan keempat untuk Yoodo Gank bagi peta Miramar untuk musim kali ini.

Pasukan yang sinonim dengan gelaran The One and Onleh itu kini berada ranking paling atas pada peringkat Weekday 2 dengan kutipan 113 mata secara keseluruhan.

Pemain Yoodo Gank, Bravo dipilih sebagai pemain terbaik (MVP) dalam pusingan itu.

PMPL MYSG S3 masih lagi berlangsung, tonton sekarang di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved