Connect with us

PUBG Mobile

Apa jadi dengan J8 Esports?

Published

on

Foto: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, J8 Esports berada dalam ambang bahaya ketika ini apabila berada dalam kedudukan tercorot pada peringkat Weekday 2 Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021.

J8 Esports yang sebelum ini merupakan pemenang Super Weekend 1 PMPL MYSG S3 mempamerkan corak permainan yang hambar dan kurang memuaskan ketika ini.

Selepas dua hari peringkat Weekday 2 berlangsung, J8 ketika ini hanya mampu mengutip 28 mata secara keseluruhan.

J8 perlu berada dalam kelompok 16 teratas jika pasukan itu mahu melayakkan diri ke peringkat Super Weekend 2 pada minggu ini.

Pasukan itu terdiri daripada pemain-pemain muda berbakat besar seperti Aniq, Damqt, Zully, Mail, Sanr. Ia dipimpin pemain profesional yang berpengalaman, Boyka.

1 hari sebelum ke Super Weekend 2, J8 Esports perlu mencipta keajaiban dan mereka pernah melakukannya sebelum ini.

Pada hari terakhir Super Weekend 1, J8 Esports mengutip 3 Chicken Dinner dan terus memecut ke kedudukan pertama liga.

Adakah J8 Esports mampu melakukan kebangkitan?

Seandainya J8 Esports terlepas peringkat Super Weekend 2, mereka mempunyai masa untuk berehat selama empat hari sebelum kembali bersaing pada minggu terakhir peringkat liga PMPL MYSG S3.

Jangan lupa saksikan hari terakhir Weekday PMPL MYSG S3 seketika nanti di Facebook dan YouTube PUBG Mobile serta aplikasi WeTV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved