Mobile Legends
515 eParty: Bila adik Shila Amzah, Syada Amzah nyanyi lagu Mobile Legends
KUALA LUMPUR – Nyanyian Syada Amzah dalam lagu 515 Party Legends mendapat perhatian warga e-sukan Mobile Legends.
Dalam satu rakaman video yang direkodkan pada minggu lalu, Syada dilihat mengubahusai lagu itu kepada Bahasa Melayu.
Menerusi video yang dimuatnaik pada minggu lalu, ia telah mendapat melebihi 650,000 tontonan di Facebook.
Sementara itu personaliti YouTube Danny Khoo turut memuat naik satu video nyanyian 515 Party Legends itu dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Baru-baru ini lagu Party Legends dilancarkan sempena 515 eParty.
Bagi anda yang mahu menyerlahkan bakat nyanyian dan kebolehan bermain alat muzik menerusi pertandingan lagu Party Legends, boleh serlahkan kreativiti anda di bit.ly/515MusicContest.
Pada bulan lalu, Moonton melancanar 515 Eparty bagi mengeratkan lagi hubungan antara komuniti Mobile Legends.
Menerusi slogan βGame On, Party Onβ 515 EParty ini juga bakal diraikan bersama para bintang media sosial dari Malaysia dan Singapura dengan bermain dan beraksi bersama komuniti Mobile Legends.
Moonton juga akan menampilkan satu pertandingan βAll-Starβ untuk mengetahui siapakah pasukan bintang media sosial yang terbaik.
