PUBG Mobile
Bossned cari dua pemain PUBG yang berpengalaman
KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan e-sukan NED Esports, Nedim Sujak Nazri Aziz mengumumkan pihaknya sedang mencari dua pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) pada malam tadi.
“Saya perlukan 2 pemain PUBG yang mempunyai pengalaman dalam kejohanan offline dan mempunyai rekod statistik dalam permainan yang baik.
“Hubungi saya menerusi mesej (di Instagram),” kata Nedim.
NED Esports merupakan antara pasukan PUBG Mobile yang sedang meningkat naik di Malaysia.
Antara pencapaian NED Esports adalah apabila tiga skuad NED Esports iaitu N.E.D; Brotherhood, Emryzz, Asasino berjaya melayakkan diri ke Grand Final Selangor Cyber Games 2019 Grand Finals.
Mereka turut melakukan latihan mingguan bersama-sama pasukan PUBG Mobile tempatan lain di Facebook.
Ikuti perkembangan terkini NED Esports di Facebook dan Instagram pasukan itu.
