Honor Of Kings
MKL: Siapa dapat Slot ke EWC?
LIGA Honor of Kings Malaysia (MKL) Musim Bunga 2026 hampir menemui penamatnya apabila liga itu kini memasuki babak peringkat kalah mati (playoff).
Empat pasukan yang layak ke Playoffs ialah:
- AG Global
- Geekay Esports
- Nova Esports
- SLDTE Gaming
Menurut pihak liga, tiga pasukan utama peringkat playoff MKL akan mewakili Malaysia di peringkat Piala Dunia Esukan (EWC) Riyadh nanti.
Sementara itu, juara liga ini akan menerima satu-satunya slot dari MKL ke Honor of Kings Challenger Cup 2026 di Beijing, China nanti
Playoff MKL Musim Bunga 2026 akan berlangsung di Sunway Velocity Mall (Main Atrium) dari 3 hingga 5 April 2026.
