PUBG Mobile
Alliance Wakil Malaysia PMGC 2024 London
Pasukan PUBG Mobile negara, Alliance berjaya melayakkan diri ke pusingan Kejuaraan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2024 di Excel Auditorium, London United Kingdom.
Pada hujung minggu lalu, Alliance mengakhiri grand final Liga Asia Tenggara PUBG Mobile (PMSL) Musim Panas pada tempat keempat.
Alliance telah mengutip 130 mata secara keseluruhan dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM59,300 (AS$13,650)
Dengan mengumpul mata tertinggi bagi pasukan-pasukan negara, mereka menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang akan bermain di PMGC 2024.
Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul kira-kira RM13 juta (AS$3 Juta).
