Mobile Legends
Hesu dan Mikko sah sertai Team Haq
KUALA LUMPUR – Pemain EXP laner dan pemain Roamer Filipina, Hesu dan Mikko sah menyertai pasukan MPL MY Team Haq.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun utama Team Haq, iaitu @teamhaqmy pada malam semalam.
“Selamat datang kepada EXP dan Roamer, Hesu dan Mikko. Nikmati mee goreng mamak anda di sini.” kata Team Haq dalam kapsyen tersebut.
Hesu sebelum ini pernah bermain untuk pasukan Barracuda pada musim yang lalu. Mikko pula pernah menjadi salah seorang ahli pasukan SMG yang telah melayakkan diri ke Siri M5 yang lalu.
