Mobile Legends
GGHG layak ke playoff MWI
KUALA LUMPUR- Malaysia layak ke playoff MLBB Jemputan Wanita (MWI) Riyadh 2024.
Pasukan MLBB Wanita negara, Gaimin Gladiators Homegirls (GGHG), berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati Kejuaraan MLBB Jemputan Wanita (MWI) Riyadh 2024 seketika tadi selepas berjaya menduduki kedudukan dua terbaik dalam saingan peringkat kumpulan.
GGHG sempat mencuri satu mata penting daripada jaguh dunia, Team Vitality dan mengunci mata seri 1-1 dengan pasukan daripada Indonesia itu.
Menerusi keputusan itu, GGHG kini sah dalam posisi 8 terbaik MWI Riyadh 2024 dan sah akan membawa hadiah wang terkumpul kira-kira RM116,000 (AS$25,000).
