PUBG Mobile
Mosgoku kecewa Yoodo Alliance di Grand Final PMWC-EWC
Riyadh – Pasca Piala Dunia PUBG Mobile PMWC-EWC: Jurulatih Yoodo Alliance, Mosgoku menzahirkan perasaan sedih akibat tidak dapat memberikan yang terbaik ketika kejohanan PMWC-EWC.
“Ini bukan Yoodo Alliance yang sepatutnya ada dekat Grand Final ini” jelas Mosgoku dalam satu posting media sosial Instagram @wtmtoday.
Jelasnya, mereka sudah mempersiapkan diri sebelum kejohanan ini bermula, tetapi keputusan berada di posisi 15 cukup mengejutkan bagi mereka.
Yoodo Alliance baru-baru ini berada di kedudukan ke-15 terbaik dunia di Grand Final PMWC-EWC dan membawa pulang kira-kira RM139,000 (AS$30,000). Sebagai juara peringkat kumpulan, mereka juga memperoleh kira-kira RM325,000 (AS$70,000).
Video penuh : https://www.instagram.com/reel/C-EgnV_o9_p/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
