Mobile Legends
Kelvin sertai C9 Female
KUALA LUMPUR – Jurulatih muda, Kelvin Ulting, sah sertai barisan jurulatih Cloud 9 Female.
Cloud 9 Female adalah pasukan esports daripada Amerika yang baru memasuki arena kompetitif Mobile Legend sejak Jun 2024.
Menurut Kelvin, dia yang menguruskan bahagian draf dan latihan pasukan wanita itu.
“Sebelum ini saya memang mencari peluang untuk meningkatkan kemampuan saya sendiri.”
“Kemudian saya nampak Cloud9 sedang mencari kekosongan dan saya menghantar emel kepada mereka.”
“Beberapa minggu sebelum MWI, saya menghadiri sesi ‘tryout’ dan mereka terima saya sebagai salah seorang staf.” jelas Kelvin.
Cloud 9 Female pernah mendapat tempat ke-5 Mlbb Womens’s Invitational 2024.
