Mobile Legends
Daddyhood berehat, beri tumpuan keluarga
KUALA LUMPUR – Pengasas Homebois, Daddyhood, mengambil keputusan untuk berehat daripada arena e-sukan, atas nasihat pakar psikiatri.
Jelas Daddyhood, dia berkemungkinan tidak akan menghadiri acara MPL MY S14 akan datang, kecuali di peringkat playoff yang akan berlangsung di Johor nanti.
Berdasarkan kenyataan Daddyhood: “Saya tak akan datang MPL. Keluarga saya memerlukan saya. Mungkin playoff, insyaAllah.”
“Dr juga nasihatkan saya untuk berehat panjang. Saya akan kembali ke Homebois, saya masih sayang Homebois. Saya minta maaf sepanjang 6 tahun bersama dengan Homebois,” kata Daddyhood.
