Mobile Legends
Karltzy Hargai Sokongan Peminat Malaysia Selepas Kemenangan Menentang SRG
KUALA LUMPUR – Dalam satu temu bual bersama hos selepas tamat perlawanan Semi Final, Karltzy mengungkapkan betapa seronoknya dia bermain di Malaysia. “Walaupun kami daripada negara yang berbeza, tapi anda tetap memberi sokongan kepada kami, terima kasih Malaysia,” tambahnya dengan penuh rasa terima kasih.
Sokongan hangat daripada komuniti MLBB Malaysia telah memberi impak yang positif dan menjadikan pengalaman pertandingan ini lebih bermakna. Karltzy dan pasukannya jelas menghargai sambutan mesra yang diterima sepanjang kejohanan.
