Connect with us

PUBG Mobile

PMGC: Team Secret top 5, kutip banyak kills

Published

on

SKUAD PUBG Mobile Malaysia, Team Secret MY berjaya berada dalam kelompok lima utama selepas tamat hari pertama Grand Final Kejohanan Global (PMGC 2020) yang berlangsung pada malam tadi.

Team Secret yang mengutip 53 mata secara keseluruhan ketika ini turut mengumpul jumlah kills (mata bunuh) yang banyak ketika ini iaitu 28 mata.

Meski momentum persaingan Team Secret MY dilihat hadir dengan sedikit lewat apabila terkeluar awal dalam dua pusingan pertama, pasukan itu mula mendapat rentak pada pusingan ketiga yang berlangsung di Vikendi dengan memperbaiki kedudukan ke tempat ke-12.

Team Secret MY mula menunjukkan sisi garangnya pada pusingan keempat apabila menumpaskan pasukan gergasi China, NOVA XQF di Erangel.

https://www.instagram.com/p/CKUA0UZJBU8/

NOVA XQF dihantar pulang ke lobi di tangga ke-11 dalam pusingan itu, walaupun mempunyai kelebihan jumlah anggota yang lebih banyak dalam pertembungan itu.

Rezeki Winner Winner Chicken Dinner Team Secret MY masih belum tiba selepas pemain utama pasukan Eropah, Navi, Dmytro Bui (Oldboy) memenangi clutch pada bulatan akhir, menentang Aekachai Areesanan (Madtoi) dan Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh).

Team Secret MY bagaimanapun melonjak naik ke tujuh anak tangga selepas tamat pusingan empat di Erangel itu.

Masuk babak pusingan kelima, pemain Team Secret MY Asyam Allam (Rex) mula menunjukkan taringnya apabila balingan bomnya mengena sasaran sehingga mengakibatkan tiga pemain Alpha 7 pulang ke lobi.

https://www.instagram.com/p/CKUD8t7pd94/

Prestasi Team Secret MY yang tampak lebih berkeyakinan itu menerima ganjaran setimpal dengan menaiki satu anak tangga, dengan berada di kedudukan keempat secara keseluruhan.

Pada pusingan terakhir perlawanan hari pertama Grand Final PMGC 2020, Team Secret MY jatuh sedikit ke tangga kelima selepas pasukan China yang memenangi peringkat liga PMGC, 4AM tampil agresif dengan mengutip Chicken Dinner kedua dan melonjak naik ke ranking kedua dari kedudukan kelima sebelum ini.

Berikut adalah senarai pemenang Winner Winner Chicken Dinner setakat ini:

  • Peta 1 – Erangel – 4AM⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 2 – Miramar – Abrupt Slayers⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 3 – Vikendi – KDA⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 4 – Erangel – NaVi⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 5 – Sanhok – TSJ⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 6 – Erangel – 4AM⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

Grand Final PMGC 2020 berbaki lagi 18 pusingan dan Team Secret MY dijangka bakal melihatkan satu mutu persembahan yang membuahkan hasil jika momentum permainan semalam dikekalkan sehingga hari terakhir persaingan.

Kejuaraan dunia yang berlangsung selama empat hari itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM4.8 juta (AS$1.2 juta) dengan juara membawa pulang kira-kira RM2.8 juta (AS$700,000).

Saksikan secara langsung pertempuran 16 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia mulai 6.25 petang di saluran media sosial PUBG Mobile, YouTube, Twitch dan Facebook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved