Connect with us

Mobile Legends

M2: Bukan sekadar Indo-Slayer, Bren Esports jadi terbaik Dunia! Lang Malakas!

Published

on

Bren Esports meraikan menjulang trofi kemenangan selepas munjul sebagai juara Grand Final M2, yang diadakan di Singapura. - Foto: Moonton

JAGUH lower bracket, BREN ESPORTS, baharu sahaja dinobatkan sebagai juara Kejuaraan Dunia Mobile Legends M2 selepas menewaskan pasukan Myanmar, Burmese Ghouls.

Misi balas dendam BREN Esports berjaya dilakukan selepas menang 4-3 dalam siri 7 perlawanan terbaik dalam Grand Final.

https://www.instagram.com/p/CKbpHzipy3x/

Jurulatih Bren Esports, Francis Glindro (Duckey) berkata pasukannya memang teruja dengan kemenangan itu selepas melalui hari yang panjang pada Ahad.

“Kami telah berkorban banyak perkara dalam melakukan persiapan M2.

“Kami sangat gembira kerana kami ingin buktikan yang Bren Esports bukan sahaja terbaik di Filipina tapi di dunia.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Kami berharap kami telah buat anda bangga,” kata Duckey dalam satu sidang media selepas tamat Grand Final.

Duckey juga berkongsikan Burmese Ghouls merupakan pencabarnya paling kuat ketika ini dengan menyediakan meta yang sukar.

Namun jelasnya, Burmese Ghouls juga mempunyai kelemahan tersendiri dalam Grand Final itu.

“Burmese Ghouls asyik menggunakan draft hero yang sama, jadi kami perlu melakukan satu kelainan dan menukarkan strategi kami.

“Mereka juga dilihat begitu pasif dengan penggunaan hero Brody dari kami,” kata Duckey dalam sidang media yang sama.

Sementara itu, ketika ditanya siapakah hero pilihan Bren Esports untuk mendapatkan kulit (skin) M2, Duckey berkata pasukannya memilih Chou.

Duckey berkata pemilihan Chou itu adalah kerana semua pemain dalam Bren Esports mampu menggunakan hero itu dengan baik.

“Kami semua sepakat memilih Chou, tapi Karl Gabriel Nepomuceno (Karltzy) mahukan Lancelot, haha,” kata Duckey sambil tertawa.

Dalam perlawanan Grand Final itu, pemainnya Karltzy muncul sebagai pemain terbaik dan membawa pulang kira-kira RM12,000 (AS$3,000). Karltzy sentiasa mempamerkan penggunaan hero Lancelot yang sangat bisa sepanjang M2 berlangsung.

Duckey turut mengulas mengenai gelaran Bren Esports sebagai Indo-Slayer ketika ini apabila pasukannya menghantar pulang kedua-dua pasukan Indonesia, Alter Ego dan RRQ Hoshi pada peringkat lower bracket.

“Pasukan Indonesia sentiasa menunjukkan corak permainan yang mengagumkan. Kami juga sering berlatih dengan mereka.

“Secara peribadi, saya merasakan Indonesia sangat kuat. Pastikan peminat Indonesia dan Filipina sentiasa menghormati dan menyayangi antara satu sama lain ya,” kata Duckey.

Selepas seminggu berlangsung di Singapura, M2 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000) telah menutup tirai pada malam ini.

Wakil Malaysia, Todak, menamatkan persaingan di M2 dalam kelompok tujuh terbaik dunia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved